Sunday 1 November 2015

Nota 6 : Susah juga...







Aku tengah tulis M'ADSL.

Lakhanat susah tulis romance kalau jiwa ni dah azali lagi thriller action and mind blown things.

Better tulis citer seram or citer lain ginih... hahahah



Monday 19 October 2015

Inspirasi yang berterusan








Aku kuat baca manga

Sampai sekarang

Dan Shoukoku no Altair always inspires on art, history and military

What made me hooked is,

The storyline, full of scheme and  military strategies,

Otak aku meletup bila aku baca arc, on how the young general stop an attack with only wheat.

And Katou Kotono's work always lovely.

Her works macam tak sampai Malaysia lagi.

Kena carik kat Kino kalau ada

 Ah. how can war, plots, spies and history can be beautiful in the same time...?

Dem...

Sunday 18 October 2015

Romance project




Ada beberapa tajuk yang akan dikategorikan sebagai romance projet

  • M'ADSL
  • Tinta Perjalanan : OBS
  • Dunia dari mata Samad
  • Skematiks
  • Don Juan Project
  • Tinta Perjalanan : Kisah dari Rouffiac (?)
  • Ini yang sepatutnya (?)

Aku berangan nak kompilasikan semua ini di bawah satu antalogi. Tak tau sapa yang sanggup publish. hahahaha

Thursday 8 October 2015

Nota 5 : Binatang malam





Hidup seharian dengan waktu tidur yang tidak tentu,

Memang menyakitkan jiwa dan badan

Semata-mata kerana tugas digalas

Sekejap jadi hantu

Sekejap jadi buaya

Selebihnya ular sawa

Yang kejap-kejap bersengkang mata

Tuesday 6 October 2015

Nota 4 : Tamak




Aku sampai ke tahap tamak

Segala jenis penulisan aku nak cuba tulis

Sebelum satu yang aku mulakan habis, aku sudah mulakan yang baru

Tamak

Ye aku tamak

Kat sini aku tak pasti aku akan jadi yang mana

samada aku rugi atau untung


Friday 2 October 2015

Medan tarian





Aku kerap menghadirkandiri ke medan ini.

Pelbagai tarian ada

Seram... aksi.... berahi...

Bila aku pertama kali ke sini, aku tidak tahu teknikdan permulaan langkah

Kini aku sudah tercandu dengan medan ini

Aku akan pastikan jariku senantiasa menari

Menari di kala kecewa... sedih... gembira...marah

Menari untuk mengisi kehidupan alteregoku

Ahh.. Aku seperti mahu menjadi orang lain

Memutuskan hubungan dengan orang yang aku kenal

Menjadi orang lain, nama baru dan identiti baru.

Ah.. aku tak kisah apa yang aku bebelkan

Entry ini jauh tersorok dari mata umum

Sehingga hari yang dijanjikan..


Wednesday 30 September 2015

Nota 3 : Rajuk





http://addasyuhadadisini.blogspot.my/2012/11/patung-kotak-kotak.html



Aku lelaki

Memang aku tak paham perempuan.

Bila aku tak paham, aku berikan ruang

Aku malas nak bertekak

Aku malas nak berbincang

Dan kekadang aku rasa aku yang merajuk

Tuesday 29 September 2015

Nota 2 : Kopi





Jika dihulurkan antara kopi dan teh,aku tidak teragak-agak memilih teh

I'm a tea person. Period.

Tapi hari ini, aku baru sedar sesuatu.

Aku secara tidak sedar mengambil kopi pekat separuh mug,

Setiap kali makan tengah malam.

Dan hari ni,aku ambil satu mug penuh,

Maka aku sedang overdrive





Monday 28 September 2015

Nota 1 : Naik Syeikh

Tiba-tiba naik syeikh

Mungkin sebab dah habis kerja
Atau jiwa sudah meronta-ronta


Yang penting,
Aku tidak akan melepaskan peluang untuk REMPUH


p/s : Boleh menggila di Wattpad hari, ni semua pasal Budak Hostel Otaknya Sewel!

Wednesday 2 September 2015

Terima Kasih PM Najib




Siapa yang tak tau apa yang berlaku sepanjang 2 hari lepas di Malaysia, ternyata dia seorang yang tidak bergantung dengan maha bahana bernama medial sosial. Dia juga tergolong dalam spesis katak puru yang habitatnya di bawah tempurung retak di hujung belantara. Dia juga mungkin tergolong manusia yang dijangkiti virus Ignoranci blissi dan merasakan Bersih 4 tiada kena mengena dengan hikayat hidup mereka. Kalau ada pun mungkin dalam sepotong dua ayat


Nah setepek! Inii adalah tuntuan bersih kali ni. Mudah dihadam bukan?





Sebagaimana Himpunan-himpunan sebelum ini, sudah pastinya provokasi perkauman (Racist Card) akan muncul. Kalau tidak di media-media tunggangan; di media sosial juga akan ada. Apa pun, syabas pada mereka yang penuh semangat untuk turun padang, bermalam di jalanan dan sorak sampai hilang suara demi tuntutan-tuntutan kali ni. Syabas juga kerana berjaya menunjukkan pada rakyat Malaysia yang sinis; demonstrasi dan hak bersuara secara aman mampu dilakukan.


Ternyata rakyat Malaysia sebenarnya bukan bangsa hooligan dan suka amukan tak tentu arah. Mereka adalah golongan penuh sivik, aman bersuara dan jelas dan yakin yang hak mereka sebagai rakyat dirompak dengan jayanya.


Selepas perenggan ini adalah analisis dan pandangan peribadi. Kalau rasa tak boleh terima pandangan, sila telan fakta yang aku juga empunya hak untuk bersuara.


Aku tertarik dengan media mainstream yang bersungguh-sungguh kali ini menyerang jumlah kehadiran Melayu yang dianggarkan cuma 10 percent. Macam-macam alasan diberi. Tapi hangpa lupa kah? Yang turun ramai-ramai menghauskan kaki lima dan jalanan itu rakyat Malaysia.


Aku yakin for those yang tidak hadir (atau tak mahu hadir) have their own reasons. Alasan orang rural area tak cukup duit nak turun Bersih dan spend 34 jam di jalanan? Dude, sah korang bukanlah warga Malaysia yang pemerhati.


31 Ogos fall on Monday, so basically its a long weekend. Dude, kalau long weekend mesti ada kenduri kahwin punya! Besides, sekarang ni nak masuk bulan Haji, for sure ada kenduri doa selamat for final flights from Malaysia to Saudi. Ini belum asuk yang ada anak kecil. Bukan ke penganjur katakan dilarang bawa anak kecil?


Percentage mereka tak ramai dan sepatutnya lagi ramai turun macam dulu? Like i've said. They have their own reasons. It may appear invalid to you but it does not show that they didn't support what BERSIH demands... Macam member kita yang bersungguh kita jemput datang kenduri/party tapi last-last tak hadir. Takkan bermasam muka keciwa jiwa kot...?


Ramai juga lupa yang kali ini PAS tidak join sekaki. Diorang just kata pada ahli mereka, kalau nak turun join silakan, tiada halangan. Kita perlu tahu yang PAS empunya penyokong yang ikhlas. Di tambah dengan semangat dan networking mereka, mereka boleh bila-bila masa summon ahlinya untuk turun ke jalanan. Network PAS memang sampai ke kawasan terpencil, lagi-lagi di kawasan majoriti melayu. So, just do the math.



Kita perlu tahu, Himpunan Bersih 4 tempoh hari bukanlah himpunan parti-parti politik. Ia adalah himpunan rakyat. Himpunan untuk menunjukan yang mereka sebaga rakyat Malaysia tidak puas hati dengan mereka yang memegang tampuk pemerintah. Mereka suda fedup dengan kenyataan-kenyataan penuh keliru dan penipuan terbuka yang dihidangkan kepada mereka. Oleh sebab itu Dr Mahathir juga turun menyatakan solidariti beliau.









Sekali beliau datang buat recce, tengok apaah semangat yang dibawa rakyat yang sanggup turun berhujan panas di Kuala Lumpur. Dan sekali lagi belia datang untuk menyatakan sokongan. Kehadiran beliau jelas menunjukkan yang belaiu menyokong tindakan rakyat yang mahu perubahan dari pucuk pimpinan. Usah putarkan kaset lama mengenai beliau, PM Najib masih lagi watak utama.


Tiada siapa sangka yang BERSIH kali ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Aku yakin, mereka yang berdiri dalam uniform keselamatan itu hanya melakukan tugas. Mereka ada anak bini kena tanggung. Dan mereka juga merasakan kepayahan hidup yang mereka alami sebagai masyarakat kelas serdehana. Percayalah, dalam diam mereka juga setuju.


Ini juga berlaku dalam ahli-ahli UMNO seluruh negara. Mereka sedar apa yang telah berlaku. Mereka bukan bodoh. Mereka bukan buta. Mereka juga bukan pelupa. Jangan risau, mereka tidak akan keluar dari UMNO. Buat apa nak terjun kapal kalau si kapten yang mencuri ration makanan? Dia bagi alasan dia kapten kapal? Bukan kah anak-anak kapal yang menjadi sebab kapal berlayar dengan selamat? Patutnya si kapten dan barua-baruanya yang perlu dicampak keluar.


Tapi aku yakin, PM Najib tidak akan tunduk. Beliau terikat dengan bayang-bayang ayahnya. Beliau tidak boleh turun kerana takut dilihat kalah mencawat ekor. Beliau perlu BERSIHkan nama baik beliau dan dilihat sebagai perwira semasa turun dai jawatan. Aku dapat rasakan yang beliau menyesal kerana meneruskan pemerintahan selepas PRU13.


Kita boleh tunggu PRU14.


Aku tertarik juga dengan beberapa keyboard warrior yang cuba memasukkan unsur-unsur agenda yahudi-US dan komplot mata dalam tiga segi. Serius, sampai tergeliat otot rusuk aku ketawa. Ia dah jadi macam satu budaya. ( malangnya bangsa melayu) Jika tiada pihak untuk dipersalah atau komplot terlalu dalam untuk mida yang cetek, penghargaan menjadi watak jahat adalah US dan yahudi. Dengarkan yang mereka mengucapkan terima kasih kerana memberikan kredit dan populariti percuma.


Ya, saya tahu yang fakta yang BERSIH ada menerima dana dari sana. But hey, fikrah mereka adalah membawa demokrasi seluruh pelusuk dunia. Andai kata ia membawa kepada situasi porak peranda, mereka akan masuk seperti di bawah?









Jika ya, anda benar-benar memperlekeh mereka yang berada dalam angkatan. Dan sah anda bukan PALAPES.
Jujurnya, kejadian porak-peranda adalah perkara terakhir dalam otak aku. Terima kasih kepada pemerintah yang masih lagi berfikir panjang untuk tidak melakukan tindakan-tindakan kasar sepanjang BERSIH. Walaupun mereka sudah sedaya upaya banned tshirt dan keluarkan fatwa haram bagai, tiada tear gas dan jentera FRU rolling in.


Terima kasih juga kepada mereka yang matang dan waras sepanjang perhimpunan. Begitu juga Unit Amal GHB, ARiF dan pihak sekuriti penganjur yang memastikan perhimpunan berlaku dengan baik dan tiada aksi provokatif dari peserta.






Saya tidak dapat sangkal jika meletus kekecohan, ia akan melarat kepada kejadian berdarah. Dan ya, aku terpaksa bersetuju dengan macai-macai, akan ada campur tangan dari pihak luar. Mereka masuk dengan alasan untuk mengamankan keadaan kerana kerajaan yang ada ketika itu gagal memberikan solusi demokratik.


Then again, ini bukan bermaksud perompak boleh bersembunyi disebalik topeng ketakutan. Suara rakyat perlu didengari. Dan mesej yang disampaikan oleh rakyat Malaysia adalah jelas.

'Kami mahu pemerintahan yang lebih baik'

Dan mereka yang terdiri dari segenap bangsa, sehatisejiwa mahukan perubahan. Mereka sudah jelak dengan tekanan kewangan yang dihadapi. Mereka sudah kecut perut melihat lemahnya Ringgit yang tersepit dalam persaingan Dollar yang lebih kompetitif dan Yuan akibat jatuhnya ekonomu China.






Walaupun hanya, sedikit kehadiran Melayu,tapi ia sudah cukup menunjukkan toleransi kaum lain. Reaksi memberikan air wudhu, menjaga ketika solat dan mahukun rakan sekitar senyap ketika solat menunjukkan mereka sikit demi sikit memahami rutin dan gaya hidup seorang muslim. Sudah tamat toleransi yang terbina dengan limit garisan 'taboo-sensitif keagamaan'. Sudah tiba masanya toleransi terbina dengan kefahaman yang melahirkan rasa hormat terhadap pegangan masing-masing.

Terima kasih PM Najib kerana menjadi PM Malaysia yang paling banyak rekod mencatatkan skandal sekaligus menjadi villain (watak jahat) dalam sanubari kami. Kerana anda, kami bersatu hati.

p/s : So could you please step down before humiliating yourself further?



Saturday 29 August 2015

Pindah Rumah


[Kredit]




Aku ambil keputusan untuk pindah.

Pindah ke blog baru.

Semua serba baru.

Things still under construction.


Simon Malik


p/s : Nama blog catchy tak boleh blah!