Thursday 27 October 2016

Saat tibanya semboyan seru menumpahkan darah

Semalam aku menerawang rawak di laman Youtube. Lalu aku tiba pada sebuah video dari Mereka Tanpa Nama yang memakai topeng Guy Fawkes.

Di situ aku terdengar apa yang aku rasa masuk akal jika aku kaitkan dengan apa yang telah berlaku di tanah air secara langsung dan secara tidak langsung

Tidak terlalu keterlaluan jika aku katakan negara kita bakal tersepit di antara perbalahan dua gajah. Seekor memakai topeng demokrasi dan kebebasan, seekor lagi bangga dengan diri mereka dan kebolehan mereka mempengaruhi ekonomi.

Kita lama menjadi Nice Guy. Kedua-duanya kita baik. Kedua-duanya kita ada jalinkan persahabatan dan perjanjian ekonomi. Tapi apa pula pendirian kita bila kedua-duanya bergaduh? Kita mungkin boleh mengambil sikap berkecuali dan biarkan pertempuran berlaku di depan mata. Di manakah pula jaminan mereka yang tidak akan menggunakan segala perjanjian dan helah ekonomi sebagai lease atauu ugutan?

Ah, aku mungkin hanya membebel tidak tentu hala. Tapi bila aku kaitan dengan kes perebutan di Laut China Selatan, kedua-dua kes malang yang menimpa penerbangan negara, perbalahan dunia yang berlaku di Syria, dan graf ekonomi global yang menunggu saat mengulangi fitrah 10 tahun aku rasakan seperti ada benang-benang halimunan yang saling berkaitan.

Mereka mengatakan keamanan dunia sudah hampir sampai ke penghujung. Peperangan global bakal berlaku dan sudah pastinya kita juga bakal terheret sama. Ramai mengatakan ini adalah yang terakhir sebelum datangnya kisah-kisah yang disebut dalam hadis akhir zaman.

adakah kita bersedia?
Mungkin ya mungkin tak
Yang sudah pasti ramai yang persetankan saja
Bukankah masing-masing empunya kubur sebagai personal space mereka?

Monday 17 October 2016

Nota 11 : Mula.

4 bulan lebih aku menyepi dari blog ini.

Benar, aku perlukan fokus yang tinggi untuk selesaikan MADSL.
Benar juga aku cuba nasib dengan Lejen. Bukan rezeki aku bersama mereka, itulah jawapan yang aku terima pada raya minggu kedua.

Sejak Julai sehingga awal bulan September. Pelbagai perkara besar menguji.
Aku terperangkap dalam jaringan cita-cita dan tanggugjawab yang menjadi sauh aku pada realiti. Sememangnya hidup dalam realiti bukan suatu perkara yang mudah. Pengorbanan demi orang lain menjadi titik tolak kehidupan, samada kita adalah manusia jenis manusia atau manusia jenis enau.

Selesai ubah suai MADSL, aku hantar ke FIXI.
Tiada jawapan yang lebih menggembirakan dari mengetahui manuskrip itu lulus di mata panel. Kini tinggal proses editorial dan publishing. Mungkin keseluruahan proses akan mengambil masa 6 bulan. Doakan yang terbaik dan permudahan process, amin insyaAllah.

Berita ini mengetuk mindaku terhadap sesuatu. Berita ini bukan bermaksud aku sudah boleh memangkah satu point dari bucket list aku. Ini adalah langkah pertama untuk aku mula berenang dalam lautan ketidakpastian yang penuh dengan risiko badai dan ancaman.

Aku tidak pasti berada ramai yang tahu mengapa aku kembali menulis. Dipendekkan cerita, ianya untuk memastikan minda aku sentiasa waras dan apa yang terbuku di hati tidak menjari racun kegilaan yang akhirnya berlari-lari dalam pembuluh.

Aku pernah berbincang dengan separuh cintaku, adakah aku menerima sepenuh sokongan untuk mulakan renangan dalam lautan ketidakpastian. Separuh Cintku berkata, usah berenang, pacu sahaja dirimu nescaya dia akan terbang bersama aku dan Sayap Malam. Lalu ku mencuba nasib dengan antalogi. Mula bercita menerbitkan Zine pertama.

Dan semestinya meneruskan karya kedua, karya yang dari dulu menunggu giliran untuk direalisasikan.