Monday 17 October 2016

Nota 11 : Mula.

4 bulan lebih aku menyepi dari blog ini.

Benar, aku perlukan fokus yang tinggi untuk selesaikan MADSL.
Benar juga aku cuba nasib dengan Lejen. Bukan rezeki aku bersama mereka, itulah jawapan yang aku terima pada raya minggu kedua.

Sejak Julai sehingga awal bulan September. Pelbagai perkara besar menguji.
Aku terperangkap dalam jaringan cita-cita dan tanggugjawab yang menjadi sauh aku pada realiti. Sememangnya hidup dalam realiti bukan suatu perkara yang mudah. Pengorbanan demi orang lain menjadi titik tolak kehidupan, samada kita adalah manusia jenis manusia atau manusia jenis enau.

Selesai ubah suai MADSL, aku hantar ke FIXI.
Tiada jawapan yang lebih menggembirakan dari mengetahui manuskrip itu lulus di mata panel. Kini tinggal proses editorial dan publishing. Mungkin keseluruahan proses akan mengambil masa 6 bulan. Doakan yang terbaik dan permudahan process, amin insyaAllah.

Berita ini mengetuk mindaku terhadap sesuatu. Berita ini bukan bermaksud aku sudah boleh memangkah satu point dari bucket list aku. Ini adalah langkah pertama untuk aku mula berenang dalam lautan ketidakpastian yang penuh dengan risiko badai dan ancaman.

Aku tidak pasti berada ramai yang tahu mengapa aku kembali menulis. Dipendekkan cerita, ianya untuk memastikan minda aku sentiasa waras dan apa yang terbuku di hati tidak menjari racun kegilaan yang akhirnya berlari-lari dalam pembuluh.

Aku pernah berbincang dengan separuh cintaku, adakah aku menerima sepenuh sokongan untuk mulakan renangan dalam lautan ketidakpastian. Separuh Cintku berkata, usah berenang, pacu sahaja dirimu nescaya dia akan terbang bersama aku dan Sayap Malam. Lalu ku mencuba nasib dengan antalogi. Mula bercita menerbitkan Zine pertama.

Dan semestinya meneruskan karya kedua, karya yang dari dulu menunggu giliran untuk direalisasikan.

No comments:

Post a Comment