Jika merujuk pada hukum alam, tajuk di atas itu adalah benar di mana yang
kuat akan terus hidup, yang lemah pula akan lenyap terpupus. Selepas perang mulut Lelaki adalah
Sampah, alam media sosial bergegar lagi dengan tuntutan HINDRAF agak UiTM juga
di buka untuk kaum lain.
Reaksinya tipikal. Sama hangat ketika bangsa senegara kita meminta
sedikit kuota untuk masuk ke MRSM. Sedikit sahaja. Diberi, tapi tak semua yang
sanggup pergi. Rakan saya disekolah memberi alasan takut masuk Melayu.
Pokoknya kita Melayu lupa, ada di antara mereka yang sama tidak berharta
macam kita. Mereka juga mahu mendapat pendidikan yang berkualiti dan tidak
perlu berhempas-pulas mengharungi Form 6.
Pendapat marhein saya ; mereka tuntut kerana UiTM menawarkan harga yuran
yang murah tapi pendidikannya berkualiti. Hei, siapa tak nak? Tapi kalau hanya
segelintir sahaja yang dapat, sudah pasti yang tersisih mempersoalkan mengapa mereka tidak mendapat peluang yang sama.
Contoh A dan B ; kewangan mak bapak mereka sama sehingga sen yang
terakhir.
A : Melayu, lulus cemerlang SPM. Mahu buat Mechanical Eng; UiTM tawar
kos berkenaan RMXXX
B : Bukan Melayu, lulus cemerlang dengan gred saling tak tumpah dengan
A. Mahu buat jurusan yang sama juga. Uni lain menawarkan kos berkenaan RMXXXX.
Kalau aku jadi B, aku terkilan.
Apakah sebab aku bermata sepet, tidak berbin dan tidak bersunat ini tidak layak
dapat ‘payung’ kewangan yang sama? Ya, realitinya begitu apabila berdepan dengan Hak Keistimewaan.
Tapi B sifatnya tidak mahu mengalah. Lebih baik dia tempuh sahaja apa
yang ada kerana yang paling penting adalah hasilnya nun di hujung perjalanan. Dan
ya, rakan senegara kita sifatnya begitu. Sentiasa berfikir mengenai hari esok
dan jangka masa panjang. Mereka tidak mahu rugi. Sebab tu diorang power dalam
akademik dan sebagainya. Tambahan dengan penjagaan parents mereka yang tiptop (Yang
biasanya bapa mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak), mereka
memperoleh ijazah dengan cemerlang.
Kita kembali ke A. Dia rasa senang dengan kemudahan ini. Mulanya dia
bersemangat untuk tidak mensia-siakan pertolongan yang diberi. Namun dia lihat
orang di sekeliling sama sepertinya ; yakni bersenang-lenang. Semangatnya
luntur saban hari lalu dia hanyut. Bayu senang menidurkan monyet yang sedang
memanjat pokok. Ditambah dengan parents yang dua kali lima, sesuka hati ajak
pergi ke melancong time nak exam atau di rumah tiada ruang langsung kerana dipenuhi
fantasi kaca tv. Dia lulus jugak akhirnya. Cuma grednya selesa berada di
kalangan mereka yang selesa juga.
Di mata seorang majikan yang mencari pekerja ; aku lihat B lebih
berharga. Serius, ini di mana-mana.
Jadi di mata mereka, buat apa dibazirkan pertolongan kepada mereka yang
tidak bersungguh-sungguh? Keputusannya
sekadar cukup makan. Bukankah lebih baik jika kemudahan ini diberi pada mereka?
Nescaya mereka mampu berikan hasil yang lebih baik dan membawa keuntungan.
Ya, itu apa yang dikongsikan oleh kawan makwe aku suatu hari dulu.
Jelas, isunya adalah fulus (yuran). Memang benar Uni swasta di
penuhi rakan senegara kita yang lain. Yang kaya itu mampu masuk. Yang tak
mampu, bapa mereka terpaksa buat 3 kerja demi anak untuk masuk ke Uni
bekernaan. Kenapa tak masuk
yang lain ? Kerana tiada jalan lain. Kemasukan telah penuh kuota
dan mereka tiada kelayakan istimewa.
Jadi berikut adalah langkah yang perlu diambil kerajaan untuk isu ini
iaitu ;
1. > Meningkatkan had kuota kemasukan
rakan senegara untuk memberi persaingan yang lebih sihat.
2. > Campur tangan kerajaan pada isu
kadar yuran semua Universiti di dalam negara (awam dan swasta). Kita terlepas
pandang yang kita telah mem’bisnes’kan pendidikan. Kesannya sudah pasti
generasi muda. Yuran-yuran dengan harga sembelih perlu diselidik ke mana
perginya duit bekerja. Adakah ia benar-benar harga sebegitu untuk menanggung
kos operasi sesebuah universiti. Dengan
cara ini, sedikit sebanyak melegakan hati semua orang apabila kebanyakan
Universiti mengenakan yuran yang rendah.
> Memperkenalkan Credit transfer
diantara Universiti. Apabila yuran sudah
murah, mahasiswa juga diberi kebebasan untuk Universiti-hopping berdasarkan
jurusan yang diambil. Cara ini adalah untuk mengelakkan persaingan tidak sihat
antara Universiti yang akhirnya melahirkan graduan kosong dan journal berhabuk.
Dengan cara ini, mahasiswa dapat menempuhkan dan menimba pengetahuan dan
skilset yang unik, terdedah dengan
pelbagai persekitaran dan membentuk mahasiswa yang berani mencuba dan mahukan cabaran.
4. > Ini dikukuhkan lagi dengan aset dan
fasiliti sharing antara Universiti. Kajian di dalam sesebuah universiti
kadang-kala terhad dek kekurangan fasiliti yang disediakan. Maka dengan cara
ini, mahasiswa boleh meminjam sebentar kemudahan ke Universiti lain. Ini
termasuk perpustakaan, akses kepada arkib journal bahkan khidmat nasihat dari
Universiti lain. Secara tidak langsung, ini merendahkan lagi kos operasi
sesebuah universiti.
5. > Credit transfer juga adalah sebuah
langkah awal untuk melebarkan lagi fungsi ASEAN yang hanya tertumpu pada
ekonomi . Siapa yang tidak suka dapat berpindah ke Universiti Brunei dan
sebagainya untuk mencari pengalaman baru. Ini membentuk mahasiswa yang dinamik
dan berpandangan luas. Antara kelebihan EU adalah ini. Mahasiswa di sana tiada
masalah untuk cross-border untuk mencari ilmu.
6. > Wujudkan forum dan pembentangan
kertas kerja secara besar-besaran di antara Universiti awam dan swasta.
Perkongsian ilmu adalah lebih baik. Pertemuan tersebut pasti membentuk sinergi
dan kefahaman dan semestinya menguntungkan mahasiswa kerana meninkgatkan
kebolehupayaan. Jika kita boleh buat
sebesar PGCE, kenapa tidak dengan akademik kita sendiri?
Langkah-langkah yang dicadangkan ini secara tidak langsung menghapuskan
persaingan bodoh antara Universiti yang saban tahun berlumba-lumba mengejar
angka graduan dan research paper. Apa
yang dicadangkan tidak mengganggu Hak keistimewaan Melayu . Universiti yang
mempunyai fasiliti yang baik dan beryuran murah dapat dinikmati oleh rakan
senegara kita sebagaimana apa yang sebenarnya dituntut. Ia juga dapat membentuk mahasiswa yang lebih dinamik, lebih terbuka dengan cabaran dan semestinya menyelamatkan
mahasiswa UiTM yang mahu lari dari belenggu tempurung.
Soalnya sekarang, apabila gelanggang pengajian tinggi ini sudah level tanahnya untuk bersaing, adakah Melayu berani untuk ke tengah dan membuktikan yang mereka juga hebat? Atau mereka sebenarnya lebih selesa berentap di sudut padang sendiri, agar denial mereka terisi?
Kalau siapa-siapa nak amik, ulas dan menambah baik, silakan. Aku
percaya ilmu adalah percuma dan berkatnya terhasil bila dikongsi.