Tuesday 29 May 2018

Terhapuskah Melayu bila kalah dalam persaingan ?



Jika merujuk pada hukum alam, tajuk di atas itu adalah benar di mana yang kuat akan terus hidup, yang lemah pula akan lenyap terpupus.  Selepas perang mulut Lelaki adalah Sampah, alam media sosial bergegar lagi dengan tuntutan HINDRAF agak UiTM juga di buka untuk kaum lain.


Reaksinya tipikal. Sama hangat ketika bangsa senegara kita meminta sedikit kuota untuk masuk ke MRSM. Sedikit sahaja. Diberi, tapi tak semua yang sanggup pergi. Rakan saya disekolah memberi alasan takut masuk Melayu.


Pokoknya kita Melayu lupa, ada di antara mereka yang sama tidak berharta macam kita. Mereka juga mahu mendapat pendidikan yang berkualiti dan tidak perlu berhempas-pulas mengharungi Form 6.
Pendapat marhein saya ; mereka tuntut kerana UiTM menawarkan harga yuran yang murah tapi pendidikannya berkualiti. Hei, siapa tak nak? Tapi kalau hanya segelintir sahaja yang dapat, sudah pasti yang tersisih mempersoalkan mengapa mereka tidak mendapat peluang yang sama.


Contoh A dan B ; kewangan mak bapak mereka sama sehingga sen yang terakhir.


A : Melayu, lulus cemerlang SPM. Mahu buat Mechanical Eng; UiTM tawar kos berkenaan RMXXX
B : Bukan Melayu, lulus cemerlang dengan gred saling tak tumpah dengan A. Mahu buat jurusan yang sama juga. Uni lain menawarkan kos berkenaan RMXXXX.


Kalau aku jadi B, aku terkilan. Apakah sebab aku bermata sepet, tidak berbin dan tidak bersunat ini tidak layak dapat ‘payung’ kewangan yang sama? Ya, realitinya begitu apabila berdepan dengan Hak Keistimewaan.


Tapi B sifatnya tidak mahu mengalah. Lebih baik dia tempuh sahaja apa yang ada kerana yang paling penting adalah hasilnya nun di hujung perjalanan. Dan ya, rakan senegara kita sifatnya begitu. Sentiasa berfikir mengenai hari esok dan jangka masa panjang. Mereka tidak mahu rugi. Sebab tu diorang power dalam akademik dan sebagainya. Tambahan dengan penjagaan parents mereka yang tiptop (Yang biasanya bapa mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak), mereka memperoleh  ijazah dengan cemerlang.


Kita kembali ke A. Dia rasa senang dengan kemudahan ini. Mulanya dia bersemangat untuk tidak mensia-siakan pertolongan yang diberi. Namun dia lihat orang di sekeliling sama sepertinya ; yakni bersenang-lenang. Semangatnya luntur saban hari lalu dia hanyut. Bayu senang menidurkan monyet yang sedang memanjat pokok. Ditambah dengan parents yang dua kali lima, sesuka hati ajak pergi ke melancong time nak exam atau di rumah tiada ruang langsung kerana dipenuhi fantasi kaca tv. Dia lulus jugak akhirnya. Cuma grednya selesa berada di kalangan mereka yang selesa juga.


Di mata seorang majikan yang mencari pekerja ; aku lihat B lebih berharga. Serius, ini di mana-mana.
Jadi di mata mereka, buat apa dibazirkan pertolongan kepada mereka yang tidak bersungguh-sungguh?  Keputusannya sekadar cukup makan. Bukankah lebih baik jika kemudahan ini diberi pada mereka? Nescaya mereka mampu berikan hasil yang lebih baik dan membawa keuntungan.


Ya, itu apa yang dikongsikan oleh kawan makwe aku suatu hari dulu.


Jelas, isunya adalah fulus (yuran). Memang benar Uni swasta di penuhi rakan senegara kita yang lain. Yang kaya itu mampu masuk. Yang tak mampu, bapa mereka terpaksa buat 3 kerja demi anak untuk masuk ke Uni bekernaan. Kenapa tak masuk yang lain ? Kerana tiada jalan lain. Kemasukan telah penuh kuota dan mereka tiada kelayakan istimewa.


Jadi berikut adalah langkah yang perlu diambil kerajaan untuk isu ini iaitu ;


1.       > Meningkatkan had kuota kemasukan rakan senegara untuk memberi persaingan yang lebih sihat.


2.       > Campur tangan kerajaan pada isu kadar yuran semua Universiti di dalam negara (awam dan swasta). Kita terlepas pandang yang kita telah mem’bisnes’kan pendidikan. Kesannya sudah pasti generasi muda. Yuran-yuran dengan harga sembelih perlu diselidik ke mana perginya duit bekerja. Adakah ia benar-benar harga sebegitu untuk menanggung kos operasi  sesebuah universiti. Dengan cara ini, sedikit sebanyak melegakan hati semua orang apabila kebanyakan Universiti mengenakan yuran yang rendah.


      > Memperkenalkan Credit transfer diantara Universiti.  Apabila yuran sudah murah, mahasiswa juga diberi kebebasan untuk Universiti-hopping berdasarkan jurusan yang diambil. Cara ini adalah untuk mengelakkan persaingan tidak sihat antara Universiti yang akhirnya melahirkan graduan kosong dan journal berhabuk. Dengan cara ini, mahasiswa dapat menempuhkan dan menimba pengetahuan dan skilset  yang unik, terdedah dengan pelbagai persekitaran dan membentuk mahasiswa yang berani mencuba dan mahukan cabaran.


4.       > Ini dikukuhkan lagi dengan aset dan fasiliti sharing antara Universiti. Kajian di dalam sesebuah universiti kadang-kala terhad dek kekurangan fasiliti yang disediakan. Maka dengan cara ini, mahasiswa boleh meminjam sebentar kemudahan ke Universiti lain. Ini termasuk perpustakaan, akses kepada arkib journal bahkan khidmat nasihat dari Universiti lain. Secara tidak langsung, ini merendahkan lagi kos operasi sesebuah universiti.


5.       > Credit transfer juga adalah sebuah langkah awal untuk melebarkan lagi fungsi ASEAN yang hanya tertumpu pada ekonomi . Siapa yang tidak suka dapat berpindah ke Universiti Brunei dan sebagainya untuk mencari pengalaman baru. Ini membentuk mahasiswa yang dinamik dan berpandangan luas. Antara kelebihan EU adalah ini. Mahasiswa di sana tiada masalah untuk cross-border untuk mencari ilmu.


6.       > Wujudkan forum dan pembentangan kertas kerja secara besar-besaran di antara Universiti awam dan swasta. Perkongsian ilmu adalah lebih baik. Pertemuan tersebut pasti membentuk sinergi dan kefahaman dan semestinya menguntungkan mahasiswa kerana meninkgatkan kebolehupayaan. Jika kita boleh buat  sebesar PGCE, kenapa tidak dengan akademik kita sendiri?


Langkah-langkah yang dicadangkan ini secara tidak langsung menghapuskan persaingan bodoh antara Universiti yang saban tahun berlumba-lumba mengejar angka graduan dan research paper.  Apa yang dicadangkan tidak mengganggu Hak keistimewaan Melayu . Universiti yang mempunyai fasiliti yang baik dan beryuran murah dapat dinikmati oleh rakan senegara kita sebagaimana apa yang sebenarnya dituntut. Ia juga dapat membentuk mahasiswa yang lebih dinamik, lebih terbuka dengan cabaran dan semestinya menyelamatkan mahasiswa UiTM yang mahu lari dari belenggu tempurung.

 Soalnya sekarang, apabila gelanggang pengajian tinggi ini sudah level tanahnya untuk bersaing, adakah Melayu berani untuk ke tengah dan membuktikan yang mereka juga hebat? Atau mereka sebenarnya lebih selesa berentap di sudut padang sendiri, agar denial mereka terisi?

Kalau siapa-siapa nak amik, ulas dan menambah baik, silakan. Aku percaya ilmu adalah percuma dan berkatnya terhasil bila dikongsi.

No comments:

Post a Comment