Wednesday 6 September 2017

Jumaat Depan

Bila aku katakan Ya,

Terus aku rasa cuak,gelabah, takut dan segala macam perasaan yang berkaitan. Bahkan masa akuakad nikah pun aku tak rasa macam ni. Penerbit telah bersetuju untuk menerbitkan karya sulung aku. Itu bermaksud, karya aku akan dinilai di kaca mata umum, di kata mata semua orang yang mahu membacanya. Budak sekolah rendah hingga ke pak menteri (kalau diorang jenis nak baca buku alternatif la)

Jika di wattpad aku boleh menulis dan just get along with it, having your work in bookstores sudah pasti meninggalkan satu kegelisahan yang merenyam. Adakah orang akan suka karya aku? Bagaimana penerimaan mereka? Adakah menepati citarasa pembaca? Adakah ia akan meninggalkan kesan positif seperti yang aku harapkan? dan yang akhir, laku ke tak?

The pressure is now on.

Friday 21 April 2017

Kerana bersabar itu adalah lebih baik

Terkilan

Sungguh.

Aku memang betul-betul berharap yang novel pertama aku PARSEL dapat diterbitkan ketika PABKL 2017. Tapi bukan rezeki aku. Walau aku hantar manuskrip sejak September tahun lepas dan kemudiannya lulus pada bulan berikutnya, tapi ia gagal dengan masa.

Kena beratur, banyak lagi manuskrip yang lebih terdahulu berbanding PARSEL

Nak frust menonggeng tak boleh juga, sebab buku tu bakal keluar juga. Cuma tak tahu bila. Entah ada lagi orang yang ingat tak pasal cerita ni since dah lama sangat tamat dalam wattpad.

Begitu juga dengan cerpen Fiksyen Sains yang aku tulis untuk sebuah projek tempatam. Walau cerita diterima, cuma projeknya tidak diteruskan untuk PBAKL 2017. Sama juga, entah bila projek tersebut akan diteruskan.

Projek Hilang Jumpa? Lagi hilang tak jumpa-jumpa. Aku rasa kebanyakan penerbit buku nak push sales time ni. Jadi diorang berstrategi untuk jual buku yang sememangnya ada pembeli (yakni penulis yang sedia terkenal dan mempunyai follower tersendiri)

Kali terakhir aku rasa macam ni masa time Petronas tak nak hire aku dan ex aku tak nak teruskan hubungan dengan aku. Sukar untuk aku gambarkan perasaan yang aku alami sekarang. Marah. Benci. Rasa nak mengamuk menjerit sekuat hati. Kenapa? Sebab apa yang aku hajati tidak kesampaian..

Namun setelah beberapa saat bersabar dan berfikir secara matang tanpa prejudis. Kehidupan aku sememangnya ditulis begitu. Seperti ada klaus dalam surat takdir aku, "apa yang aku hajati sampai berangan tak sudah, nescaya itu tidak akan digapai'.

Lebih kurang gituh la aku agak

Tapi aku tidak boleh beriman sebegitu. Kerana apa yang aku dapat sebagai galang ganti adalah berkali ganda lebih baik jika aku lihat dengan mata hati. Boleh jadi yang sebenarnya aku tidak bersedia lagi dengan kesan-kesan dan dugaan yang bakal mendatang. Boleh jadi juga, yang belum tiba masanya untuk aku menghadapi apa yang bakal berlaku

Kerana apabila keluar sahaja buku tersebut, aku yakin hidup aku sudah tentu berbeza.

oleh itu adalah lebih baik untuk bersabar, menanti saat yang sesuai. Kerana durian yang masak itu pasti luruh suatu masa. Cuma tak tahu bila.



Simon Malik

Sunday 22 January 2017

Nota 12 : Kebas

diorang ambil masa lebih dari 3 bulan Tak tau samada sedang atau masih menunggu untuk diedit. Jadi sebarang pengharapan untuk publish buku pada tahun 2017, aku padamkan sahaja.

Ini peringatan sekali lagi buat diriku.

Jangan izinkan sebarang pengharapan tinggi di hati, kelak kekecewaan hadir berdiri.

Ini bukan bermaksud aku akan berhenti. Tidak sama sekali, projek SKAK yang ditulis semula sedang berjalan. Walau dalam kadar perlahan, tapi masih ada lagi progress. Target aku adalah sebelum bulan puasa untuk siap sepenuhnya manuskrip ini (Jika diizinkan, termasuk sequel nya juga aku hantar.)

Tapi kehidupan pada awal tahun ni, benar-benar mencabar diri aku.

Aku ditanya siapa diri aku sebenarnya

Apa yang aku mahukan.

Apa yang aku citakan.

Jujur, aku sudah tidak tahu akan jawapan untuk aku beri, kerana bila aku ditanya. Aku melopong tidak tahu bagaimana. ternyata jiwa aku sebenarnya rompong tidak terisi.

Ah, ini bukan kali pertama sebegini. Dan pastinya bukan kali yang terakhir.

Aku ditegur yang aku sebenarnya hidup dalam keadaan saki-baki. Ya, itulah aku sebenarnya. Aku melihat dunia ini bukan realiti. ia mainan dan pengakhiran sama untuk semua. Cuma tempoh permainan sahaja yang berbeza. Aku sudah biasa menjadi melukut. Kewujudan aku tidak akan berikan apa-apa perbezaan kepada orang lain. aku tidak rasa ini satu kelemahan. Aku selesa dibelakang tabir mendiamkan diri.

Jadi mengapa aku perlu susahkan kepala? Aku tidak empunya apa-apa untuk aku beri.

Yang aku ada hanya ilmu pelbagai displin yang aku timba tidak berhenti. Aku tidak kisah berkongsi idea dan ilmu. Itu semua percuma, aku tidak tuntut apa-apa dari kamu. Ambillah. usahalah. Cuma tunaikan juga hak orang lain yang wujud dalam hak kamu itu.

Aku penat.
Aku dah tak rasa apa-apa
Aku dah tak dengar apa-apa
Dah macam lalang,
melentuk mengikut arus
menunggu kering dihujung hayat
Selagi itu aku terus bernafas
Melakukan apa yang perlu
apa yang dipertanggungjawab
Ya aku penat
tapi aku paksakan diri juga
sebab aku degil
degil jadikan aku manusia