Sunday 22 January 2017

Nota 12 : Kebas

diorang ambil masa lebih dari 3 bulan Tak tau samada sedang atau masih menunggu untuk diedit. Jadi sebarang pengharapan untuk publish buku pada tahun 2017, aku padamkan sahaja.

Ini peringatan sekali lagi buat diriku.

Jangan izinkan sebarang pengharapan tinggi di hati, kelak kekecewaan hadir berdiri.

Ini bukan bermaksud aku akan berhenti. Tidak sama sekali, projek SKAK yang ditulis semula sedang berjalan. Walau dalam kadar perlahan, tapi masih ada lagi progress. Target aku adalah sebelum bulan puasa untuk siap sepenuhnya manuskrip ini (Jika diizinkan, termasuk sequel nya juga aku hantar.)

Tapi kehidupan pada awal tahun ni, benar-benar mencabar diri aku.

Aku ditanya siapa diri aku sebenarnya

Apa yang aku mahukan.

Apa yang aku citakan.

Jujur, aku sudah tidak tahu akan jawapan untuk aku beri, kerana bila aku ditanya. Aku melopong tidak tahu bagaimana. ternyata jiwa aku sebenarnya rompong tidak terisi.

Ah, ini bukan kali pertama sebegini. Dan pastinya bukan kali yang terakhir.

Aku ditegur yang aku sebenarnya hidup dalam keadaan saki-baki. Ya, itulah aku sebenarnya. Aku melihat dunia ini bukan realiti. ia mainan dan pengakhiran sama untuk semua. Cuma tempoh permainan sahaja yang berbeza. Aku sudah biasa menjadi melukut. Kewujudan aku tidak akan berikan apa-apa perbezaan kepada orang lain. aku tidak rasa ini satu kelemahan. Aku selesa dibelakang tabir mendiamkan diri.

Jadi mengapa aku perlu susahkan kepala? Aku tidak empunya apa-apa untuk aku beri.

Yang aku ada hanya ilmu pelbagai displin yang aku timba tidak berhenti. Aku tidak kisah berkongsi idea dan ilmu. Itu semua percuma, aku tidak tuntut apa-apa dari kamu. Ambillah. usahalah. Cuma tunaikan juga hak orang lain yang wujud dalam hak kamu itu.

Aku penat.
Aku dah tak rasa apa-apa
Aku dah tak dengar apa-apa
Dah macam lalang,
melentuk mengikut arus
menunggu kering dihujung hayat
Selagi itu aku terus bernafas
Melakukan apa yang perlu
apa yang dipertanggungjawab
Ya aku penat
tapi aku paksakan diri juga
sebab aku degil
degil jadikan aku manusia


No comments:

Post a Comment