Friday 21 April 2017

Kerana bersabar itu adalah lebih baik

Terkilan

Sungguh.

Aku memang betul-betul berharap yang novel pertama aku PARSEL dapat diterbitkan ketika PABKL 2017. Tapi bukan rezeki aku. Walau aku hantar manuskrip sejak September tahun lepas dan kemudiannya lulus pada bulan berikutnya, tapi ia gagal dengan masa.

Kena beratur, banyak lagi manuskrip yang lebih terdahulu berbanding PARSEL

Nak frust menonggeng tak boleh juga, sebab buku tu bakal keluar juga. Cuma tak tahu bila. Entah ada lagi orang yang ingat tak pasal cerita ni since dah lama sangat tamat dalam wattpad.

Begitu juga dengan cerpen Fiksyen Sains yang aku tulis untuk sebuah projek tempatam. Walau cerita diterima, cuma projeknya tidak diteruskan untuk PBAKL 2017. Sama juga, entah bila projek tersebut akan diteruskan.

Projek Hilang Jumpa? Lagi hilang tak jumpa-jumpa. Aku rasa kebanyakan penerbit buku nak push sales time ni. Jadi diorang berstrategi untuk jual buku yang sememangnya ada pembeli (yakni penulis yang sedia terkenal dan mempunyai follower tersendiri)

Kali terakhir aku rasa macam ni masa time Petronas tak nak hire aku dan ex aku tak nak teruskan hubungan dengan aku. Sukar untuk aku gambarkan perasaan yang aku alami sekarang. Marah. Benci. Rasa nak mengamuk menjerit sekuat hati. Kenapa? Sebab apa yang aku hajati tidak kesampaian..

Namun setelah beberapa saat bersabar dan berfikir secara matang tanpa prejudis. Kehidupan aku sememangnya ditulis begitu. Seperti ada klaus dalam surat takdir aku, "apa yang aku hajati sampai berangan tak sudah, nescaya itu tidak akan digapai'.

Lebih kurang gituh la aku agak

Tapi aku tidak boleh beriman sebegitu. Kerana apa yang aku dapat sebagai galang ganti adalah berkali ganda lebih baik jika aku lihat dengan mata hati. Boleh jadi yang sebenarnya aku tidak bersedia lagi dengan kesan-kesan dan dugaan yang bakal mendatang. Boleh jadi juga, yang belum tiba masanya untuk aku menghadapi apa yang bakal berlaku

Kerana apabila keluar sahaja buku tersebut, aku yakin hidup aku sudah tentu berbeza.

oleh itu adalah lebih baik untuk bersabar, menanti saat yang sesuai. Kerana durian yang masak itu pasti luruh suatu masa. Cuma tak tahu bila.



Simon Malik

No comments:

Post a Comment