Saturday 24 December 2016

Surat untuk Tuhan

Tuhanku,

Di sini bukan tempat yang biasa aku tulis untuk sampaikan isi hati. Kerana kau begitu rapat dengan kami,bahkan lebih rapat dari nadi kami yang bergetar turun naik tanda jantung mengepam.

Aku juga anti sebenarnya dengan cara ini untuk meluahkan isi hati. Kerana cara yang terbaik berhubung denganmu adalah di tikar sejadah. Kau hanya memberikan syarat wudhu dan mengadap kiblat. selebihnya adalah tempoh untuk mengingatimu, agar kami hamba yang berserah diri mencari sentuhan ampun dan rasa kasih dariMu.

Kau tahu apa yang ku rintihkan setiap hari. Kau tahu apa yang ku syukuri setiap hari. kau tahu apa yang ku butuhkan saban waktu. Kau Maha mengetahui, tiada yang dapat terlepas dari pengetahuanMu. 

Kau telah mencukupkan apa yang ku tiada. Kau telah gantikan apa yang ku pinta dengan suatu yang lebih baik. Tiada rahmat seagung ini untuk aku memperoleh yang terbaik sepanjang hidup. baik atau buruk, segala puji bagiMu aku titipkan. Dan kini Aku pohon agar kau berikan aku sebuah pengakhiran yang terbaik dan zuriatku dilindungi olehMu dari sebarang kecelakaan, musibah, jahilliyah dan kejahatan. Biar hati mereka terbuka dan merasai apa yang aku rasa di saat aku merasai sentuhan kasih dari Mu.

dari HambaMu.

@BookendsMy #TulisSurat5Hari

1 comment:

  1. salam. saya baru hantar email untuk jadi tetamu di wanita hari ini esok. atau tolong email saya di sashabashirahmad@gmail.com

    ReplyDelete